GAZA CITY- Hamas pada Sabtu mengumumkan kepemimpinannya memulakan proses untuk memilih ketua biro politik baharu selepas pembunuhan Ismail Haniyeh di Tehran, Iran.
“Susulan kematian pemimpin kami (Haniyeh), kepemimpinan pergerakan memulakan proses rundingan dalam kalangan kepemimpinan dan institusi penasihatnya bagi memilih ketua baharu untuk pergerakan ini,” Anadolu memetik kenyataan Hamas.
Menurut kenyataan itu, pembunuhan Haniyeh akan hanya menjadikan Hamas dan penentangan Palestin lebih kuat dan lebih berazam untuk meneruskan tindakannya.
Hamas berkata, pihaknya akan mengumumkan hasil rundingan sebaik sahaja selesai.
Ismail Haniyeh, pemimpin tertinggi Hamas yang di bunuh 31 Julai lalu dipercayai akibat letupan bom yang diseludup ke rumah tamu tempat beliau menginap di Tehran.