Gambar hiasan

JAKARTA – Seorang juruterbang helikopter dari New Zealand telah terbunuh di Papua, dekat wilayah timur Indonesia.

Helikopter itu mendarat di kawasan terpencil, dan juruterbang terbunuh serta-merta selepas pemberontak pemisah menangkap mereka yang berada di dalam pesawat termasuk empat penumpang.

Semua penumpang dilapor berada dalam keadaan selamat, menurut laporan Radio New Zealand (RNZ) pada Isnin memetik kenyataan polis.

RNZ berkata, kejadian itu berlaku hampir 18 bulan selepas penculikan seorang lagi juruterbang dari New Zealand, yang masih dalam tahanan.

Pemberontak Tentera Pembebasan Kebangsaan Papua Barat berkata, ia tidak dapat mengesahkan pembunuhan juruterbang terbabit.

Pihak berkuasa Indonesia berkata, pada hari Isnin berkata, penjenayah di Papua itu membunuh juruterbang New Zealand, dan kejadian itu berlaku di daerah Alama di wilayah Papua Tengah.

“Helikopter itu membawa empat penumpang, termasuk dua orang dewasa yang merupakan pekerja kesihatan, seorang bayi, dan seorang kanak-kanak,” kata ketua pasukan petugas Keamanan Operasi Cartenz, Brigedier Jeneral Faizal Ramadhani, dalam satu kenyataan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast