KUALA LUMPUR – Meta Platforms Inc (Meta) memohon maaf kerana menurunkan hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada akaun Facebook dan Instagram yang berkaitan dengan pembunuhan pemimpin Hamas, Dr Ismail Haniyeh pada minggu lalu.
Ia kini telah dikembalikan dengan label berita yang sahih.
Kenyataan itu dibuat melalui email yang dihantar kepada agensi berita Reuters.
Semalam Pejabat Perdana Menteri menuntut Meta memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka termasuk menurunkan ucapan takziah Perdana Menteri, berhubung pembunuhan pemimpin Hamas itu.
Pada masa sama, ia juga menuntut Meta memberikan penjelasan terperinci atas tindakan mereka itu.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Tindakan Meta turunkan hantar Anwar satu bentuk diskriminasi