Nancy Shukri merasmikan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di KPWKM Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA – Penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK) merupakan penyelesaian terbaik untuk menangani isu keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,  Datuk Seri Nancy Shukri berkata, penubuhan jabatan itu dapat menjamin perkhidmatan yang berkualiti kepada kanak-kanak berlandaskan kepada lima teras utama iaitu pencegahan, pembangunan, perlindungan, pemulihan dan pengintegrasian.

“Statistik pada 2023 menunjukkan bahawa 29 peritus penduduk Malaysia atau 9.19 juta orang adalah 11 terdiri daripada kanak-kanak dan ia secara tak langsung menekankan keperluan kerajaan untuk memainkan peranan aktif dalam memastikan hak kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Perasmian Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, di sini, hari ini.

Sementara itu, Nancy berkata, peningkatan kes penderaan yang membawa kepada kematian semakin meningkat dan membimbangkan.

Katanya, berdasarkan statistik sebanyak 48 peratus iaitu 1,275 kes adalah disebabkan kecuaian ibu bapa, ikut teman lelaki (733 kes) dan perbalahan keluarga (572 kes).

Berikutan itu, jelasnya, ibu bapa perlu diberi pendedahan dengan mengikuti Program Keibubapaan.

“Inisiatif kami memperkenalkan modul modul Pendidikan membina dan menjaga anak-anak tidak memadai, tetapi program parenting dan advokasi ini kami akan tetap teruskan untuk ibu bapa dan keluarga dari masa ke semasa,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast