Nurul Izzah Izzati terkandas acara keirin

PARIS – Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terlepas peluang ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024, apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage hari ini.

Dalam perlumbaan berlangsung di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, pelumba berusia 20 tahun yang memulakan kayuhan di barisan  hadapan bagaimanapun dipintas pelumba Kanada Kelsey Mitchell dan Great Britain Katy Merchant, masing-masing menamatkan saingan di tempat pertama dan kedua.

Hanya dua pelumba layak ke suku akhir.

Terdahulu, pelumba kelahiran Kedah itu menamatkan saingan pusingan pertama di tempat keempat dalam saringan 5.

Pemenang pingat emas acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024 New Delhi, India itu berpeluang untuk merebut pingat apabila turun dalam acara pecut wanita pada Jumaat ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast