Seorang pekerja hotel maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Tali Air 1, Jalan Permatang Badak pada jam kira-kira 6:30 petang, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Muhammad Hazrie Che Haron, 28 tahn, yang menunggang motosikal gagal mengelak lalu terlanggar bahagian hadapan kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu jurujual wanita berusia 22 tahun.