Gambar tular menunjukkan seekor kucing berada dalam keadaan tergantung di belakang sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

NIBONG TEBAL – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang telah mengambil tindakan susulan video tular menunjukkan seekor kucing dijerut pada bahagian leher sebelum diseret menggunakan sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Simpang Ampat, dekat sini.

Pengarah JPV negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu di bawah perenggan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

“Ketika ini pihak kita sedang merakamkan keterangan pelaku dan kita juga dalam proses mengambil kucing tersebut.

“Kita harap semua pihak sabar dan bagi ruang untuk JPV negeri jalankan siasatan mengikut akta sedia ada,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, satu sidang media berhubung perkembangan siasatan serta tindakan akan dibuat esok.

Terdahulu, tular gambar menunjukkan sebuah pacuan empat roda mengheret seekor kucing dalam keadaan lehernya dijerut tali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast