Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang bagi permohonan lanjutan reman hari ini.

BUTTERWORTH – Lelaki yang didakwa cuba membunuh dengan menyerang teman wanitanya menggunakan pisau di sebuah sebuah pasar raya di Bagan Ajam di sini Ahad lalu disambung reman sehari lagi.

Perintah lanjutan tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pegawai Pendaftar, Nuha Farzana Nor ‘Azam di Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang mengenakan pakaian lokap berwarna jingga itu tiba ke mahkamah pukul 10.55 pagi dengan diiringi anggota polis.

MalaysiaGazette semalam melaporkan tindakan pantas orang ramai berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada cuba dibunuh bekas teman lelakinya dalam kejadian di sebuah pasar raya di Bagan Ajam Ahad lalu.

Mangsa yang merupakan warga tempatan mengalami kecederaan pada jari kelingking kanan semasa bergelut untuk melepaskan diri susulan diserang suspek menggunakan senjata pisau.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa pukul 8.45 malam yang memaklumkan diganggu bekas teman lelakinya.

“Mangsa turut memaklumkan diserang oleh suspek menggunakan pisau namun berjaya lelaki itu berjaya ditangkap orang awam yang berada di lokasi kejadian.

“Susulan itu, anggota Unit Kereta Peronda telah melakukan tangkapan semula ke atas suspek,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Orang awam selamatkan wanita cuba dibunuh kekasih

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast