Lokasi dipercayai berlakunya kejadian dua wanita diserang di sebuah surau di Kelana Jaya.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan dipercayai menyerang dua wanita menggunakan pisau di Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, serangan dilakukan sekitar jam 1.48 tengah hari itu yang berlaku berhampiran surau yang turut menempatkan sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA).

Katanya, kejadian itu membabitkan seorang guru berusia 52 tahun dan seorang jurujual berumur 26 tahun.

“Salah seorang mangsa cedera akibat dilibas di perut dan kepala manakala seorang lagi mangsa yang merupakan seorang guru mengalami luka besar di lengan dan tangan kiri.

“Kedua-duanya menerima rawatan daripada pegawai perubatan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia sebelum dikejarkan ke Hospital Shah Alam.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa tidak mengenali suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Shahrulnizam, pihak polis sedang mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-79662222 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast