Foto FB Azizulhasni Awang.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata-kata semangat kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selepas tersingkir dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.

“Kamu tetap permata negara @AzizulAWANG,” katanya menerusi ciapan di X hari ini.

Awal pagi tadi, penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.

Biarpun pasukan berbasikal negara cuba membuat rayuan, namun berdasarkan senarai pelumba ke pusingan ‘repechages’ menyaksikan tiada kelibat nama Azizulhasni.

Ini bermakna pemenang pingat perak dan gangsa di Olimpik Tokyo 2020 dan Rio 2016 tidak akan beraksi pada peringkat suku akhir hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast