Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom ketika beraksi acara basikal trek keirin lelaki suku akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en Yvelines National Velodrome. Muhammad Shah Firdaus Sahrom layak ke separuh akhir Keirin lelaki.

PARIS – Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang menjadi harapan terakhir Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024, berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir acara keirin lelaki, hari ini.

Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar itu meraih kedudukan ketiga dengan 0.051 saat (s) ketinggalan di belakang Jack Carlin dari Great Britain yang mengungguli saringan pertama suku akhir di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome di sini.

Turut mara Matthew Glaetzer (+0.006s) dari Australia di kedudukan kedua dan pelumba pelumba Kaiya Ota yang berada di tempat keempat.

Pelumba basikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom ketika beraksi acara basikal trek keirin lelaki suku akhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en Yvelines National Velodrome. Muhammad Shah Firdaus Sahrom layak ke separuh akhir Keirin lelaki.

Dengan hanya empat pelumba terbaik setiap saringan layak ke separuh akhir, pelumba Israel Mikhail Yakovlev (+0.215s) dan James Hedgcock dari Kanada (+0.310s) tersingkir.

Pusingan separuh akhir dijadualkan pada 12.29 tengah hari (6.29 petang waktu Malaysia), diikuti final pada 1.32 tengah hari (7.32 malam di Malaysia). – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast