Kad pengenalan Elias Ayob.

BALIK PULAU – Pengurusan Hospital Balik Pulau (HBP) sedang mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang lelaki warga emas yang sudah meninggal di wad hospital berkenaan hampir dua minggu lalu.

HBP dalam satu kenyataan berkata, lelaki bernama Elias Ayob, 71, dengan alamat terakhir di rumah bernombor 108 Q, Jalan Thean Teik, Ayer Hitam dekat sini disahkan meninggal dunia akibat pneumonia.

Katanya, lelaki warga emas itu dilaporkan meninggal dunia di HBP pukul 7.10 malam pada 1 Ogos lalu.

“Pihak hospital telah cuba mengesan keluarga warga emas berkenaan termasuk pergi ke alamat kediaman terakhir namun gagal menemui mereka.

“Mayat warga emas itu ditempatkan di Jabatan Perubatan Forensik HBP berikutan tiada waris tampil menuntut,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil atau menghubungi Ketua Unit Pengurusan HBP, Mohd Shukeri Md Zain di talian 04 866 9333 menerusi sambungan 115 bagi tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast