Mohd Nassuruddin Daud

GEORGE TOWN – DASPY Pulau Pinang mendakwa terdapat jurang ketara antara gaji gaji Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dengan prestasi ekonomi negeri tersebut.

Setiausahanya, Benji Ang Ming Quan berkata, kajian terbaharu Kini News Lab pada 7 Ogos lalu menunjukkan gaji Mohd Nassuruddin mencapai 119 peratus daripada KDNK per kapita negeri.

“Walaupun dalam sektor korporat gaji seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sering dikaitkan dengan prestasi syarikat, data menunjukkan gaji MB atau ketua menteri tidak semestinya berkait rapat dengan prestasi ekonomi negeri mereka.

“Tiada hubungan langsung antara prestasi ekonomi negeri dan gaji ketua eksekutif negeri apabila diukur menggunakan KDNK per kapita.

“Kepentingan ekonomi negeri termasuk pertumbuhan ekonomi yang positif, kestabilan kewangan dan penyediaan peluang pekerjaan untuk meningkatkan taraf hidup,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Benji Ang Ming Quan

Tambah beliau, bagi mencapai pembangunan ekonomi yang mampan dan kesejahteraan umum, negeri seperti Kelantan perlu memberi perhatian kepada prestasi ekonomi agar gaji MB selaras dengan keadaan ekonomi negeri.

Dalam perkembangan sama, Benji yang juga Ketua Pemuda DAPSY Tanjong turut memaklumkan gaji Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan yang terendah namun tidak mendedahkan angkanya.

Sebuah portal tempatan sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud menepis soalan mengenai gajinya tidak sepadan dengan angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita negeri itu.

“Tengok biar betul mana lebih tinggi, betul ke paling tinggi, tak perlu tanya (soal gaji).

“RM30,000 dengan RM20,000 mana lebih tinggi, jadi tak perlu saya ulas,” katanya mengulas soalan wartawan di kempen PRK Neggiri di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast