Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kajang, Selangor.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan mayat seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemui terapung di Sungai Kajang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada orang awam pukul 12.34 tengah hari.

“Mayat lelaki dipercayai berusia 40 atau 50-an itu ditemui oleh seorang lelaki tempatan yang sedang memancing di sungai berkenaan.

“Ketika ditemui, mayat dalam keadaan terapung dengan memakai baju T berwarna oren dengan hanya berseluar dalam.

“Hasil pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat kesan suntikan BCG pada mayat berkenaan dan lelaki itu dipercayai warga tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nazron, semakan ke atas mayat terbabit tidak menemukan sebarang pengenalan diri.

Selain itu, tiada laporan polis diterima berkaitan orang hilang dibuat di daerah ini dan butiran lelaki terbabit masih belum diperoleh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Ketua Balai Polis Bandar Baru Bangi, Inspektor Mohd Nasri Tesnoh di talian 017-7102042 bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast