TAWAU – Seorang remaja lelaki warganegara Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanita rakan senegaranya di sebuah ladang kelapa sawit di Kalabakan tahun lepas.

Remaja berumur 14 tahun itu mengangguk faham dan membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol yang kemudiannya menetapkan 10 hingga 14 Februari tahun depan untuk perbicaraan.

Berdasarkan pertuduhan, remaja lelaki itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun didakwa membunuh Nur Zahirah Safaruddin, 13, di ladang kelapa sawit Murni Sdn Bhd, Jalan Kalabakan antara 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada 4 Jan 2023.

Remaja lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta hukuman sebat tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Suryana, manakala tertuduh diwakili peguam Liew Hon Min. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast