Wan Azlan Wan Mamat. Foto MOHD ADZLAN, 22 OGOS 2022.

SUBANG JAYA – Seorang paderi yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja di bilik tidur sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong, Puchong, Selangor pada Jun dan Julai lalu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek berusia 27 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Pagi tadi suspek dibawa ke mahkamah Shah Alam untuk perintah reman dan dibenarkan direman selama empat hari sehingga 17 Ogos depan untuk membantu siasatan lanjut polis,” katanya.

Terdahulu, Wan Azlan berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 13 tahun semalam.

Katanya, mangsa menyatakan dia menerima gangguan seksual secara fizikal daripada suspek di bilik tidur suspek di gereja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast