Antara motorsikal yang dicuri dua suspek lelaki untuk dijual sebagai alat ganti. Foto Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR – Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai menjadi dalang kegiatan curi motosikal dalam dua serbuan berasingan di Ampang dna Batu 9, Cheras.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, sepasukan anggota menahan kedua-dua suspek berusia 40 hingga 42 tahun di antara jam 12.45 pagi hingga 3 pagi tadi.

“Terdahulu, polis telah menerima laporan daripada seorang lelaki warga Myanmar yang juga tukang masak memaklumkan berkaitan kes itu.

“Lelaki itu telah meletakkan motosikal jenis SM Sport dalam keadaan berkunci di tepi Jalan Pandan Indah 4/1, Ampang jam 5.30 petang, pada 8 Ogos lalu.

“Keesokan harinya kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa mendapati motosikal terbabit sudah tiada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pasukan turut merampas sebuah motosikal, anak kunci, topi keledar, telefon bimbit dan beberapa helai pakaian bagi membantu siasatan.

Mohd Azam berkata, modus operandi suspek adalah mencuri motosikal yang diletakkan di tepi jalan, sebelum dijual sebagai alat ganti.

“Hasil semakan mendapati, suspek pertama mempunyai dua rekod kesalahan lampau, manakala suspek kedua mempunyai enam rekod lampau.

“Kedua-duanya direman tiga hari bermula hari ini hingga 16 Ogos untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast