Gambar hiasan

MUAR – Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, laporan DNA yang diterima daripada Jabatan Kimia Johor hari ini telah mengesahkan mangsa tersebut ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya Ara Abd Hamid, 76.

“Keputusan DNA sudah diperoleh dan keluarga mangsa boleh menuntut kedua-dua jenazah untuk dikebumikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, anak mangsa insiden tersebut Mahat Mohamed Nor, 44, memaklumkan jenazah dijangka dikebumikan pada pagi Jumaat.

Beliau berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Redan, Pagoh yang merupakan lokasi arwah anak saudaranya, Noradriana Nor Hasyim, 11, dikebumikan pada Sabtu minggu lepas. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast