SUBANG – Dua pesawat Airbus, A-400M, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa seramai 41 rakyat Palestin Pyang cedera akibat konflik Gaza selamat mendarat di Pangkalan Udara TUDM, di sini, hari ini.
Kedua-dua pesawat masing-masing mendarat pukul 2.30 dan 3 petang tadi.
Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada malam Khamis dengan melakukan penerbangan kemanusiaan itu mengambil masa kira-kira 13 jam.
Kesemua 63 rakyat Palestin itu kemudian didaftarkan pasukan Kor Kesihatan Diraja sebelum ditempatkan di Hospital Medan milik Angkatan Tentera dekat Pangkalan Udara TUDM.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, dalam kalangan pesakit rakyat Palestin itu majoriti adalah wanita dan kanak-kanak.
Warga Palestin yang cedera dan kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital di Mesir mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk kecederaan tulang dan melecur.
Pada 4 Ogos lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan membantu merawat warga Palestin yang cedera dengan membawa mereka ke Malaysia. – MalaysiaGazette