Foto IG Da’i Syed.

KUALA LUMPUR – Pendakwah selebriti, Da’i Syed, 29, bergelar bapa selepas isteri menyambut kelahiran cahaya mata sulung iaitu bayi perempuan kelmarin.

Berkongsi berita gembira di Instagram, bayi yang dilahirkan secara normal itu diberi nama Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang membawa maksud mulia pemberian cahaya.

“Alhamdulillah, kami sudah bertiga. Memperkenalkan Sharifah Fatma Nour Jamalullail yang dilahirkan pada 14 Ogos. Syukur kepada Allah atas kelahiran puteri sulung kami yang dilahirkan secara normal.

“Mohon doakan kebaikan buat keluarga kecil kami,” katanya.

Syed atau nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful bernikah dengan pengacara, Nurul Hanafi Ismail, 38, pada 4 Disember 2022.

Hana pernah keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu, Julai tahun lalu. – MalaysiaGazette