JAKARTA – Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan reput di sebuah bilik rumah sewa di Kota Cimahi, Jawa Barat dipercayai dibunuh suaminya pada 6 Ogos lalu. 

Sahir, 24, yang disyaki membunuh Zakilah Indri Winata, 21, menutupi wanita itu dengan membalutnya sebanyak enam lapisan yang terdiri daripada kain sarung, cadar, selimut, telekung, plastik, dan beg sampah serta menabur serbuk kopi dan penyegar pakaian untuk menghidangkan bau busuk. 

“Mayat sudah dibalut dan diikat, selepas itu ditabur kopi dan menggunakan pewangi supaya tidak berbau.

“Kejahatan pasti sentiasa meninggalkan jejak walau sesempurna kejahatan yang dibuat,” kata Ketua Polis Cimahi, AKBP Tri Sihartanto.

Sahir merancang untuk membuang mayat itu namun gagal melakukannya kerana rumah tersebut tidak pernah kosong, menghalangnya daripada melaksanakan rancangan tersebut. 

Kes itu terbongkar apabila seorang saksi yang tinggal di rumah berkenaan mengadu tentang bau busuk dari bilik Sahir dan terkejut apabila menemui mayat Zakilah.

Hasil bedah siasat mendapati Zakilah mengalami kesan keganasan sebelum dibunuh. 

Sahir mengaku melakukan perbuatan itu kerana cemburu terhadap isterinya yang sering berbalas mesej dengan lelaki lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast