Gambar FB Setiausaha Agong UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti 3,372 undi.

Setiausaha Agong UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mohd Azmawi Fikri memperoleh 9,113 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang mendapat 5,741 undi.

Tambah Asyraf Wajdi, calon BN menang di 17 dari 20 pusat daerah mengundi dalam pilihan raya yang diadakan hari ini.

BN yang memegang kerusi DUN itu selama empat penggal sejak ia mula dipertandingkan pada 2004, hanya tewas kepada PN Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15 Ogos tahun lepas dengan majoriti 810 undi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast