Seorang remaja ditemukan lemas dalam tasik berhampiran loji Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai, Jalan Denai 12, Kempas, Johor Bahru, semalam.
Mayat remaja lelaki berusia 14 tahun itu ditemui pada pukul 7.35 malam selepas lebih sejam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.