Seorang wanita berusia 40 tahun meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor, semalam.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Penguasa Bomba Kanan II Masnawi Wardjin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.49 petang.