Seorang wanita meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Seorang wanita meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok berhampiran stesen minyak di Bandar Tenggara, dekat sini, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tenggara, Penguasa Bomba Kanan II Masnawi Wardjin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.49 petang.

Berikutan itu kata beliau, seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dipandu seorang wanita berusia berusia 40 tahun terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu. Pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, selepas berjaya dikeluarkan, wanita tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian.

Beliau menambah, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 7.19 malam tadi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast