Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional menerima keputusan yang dibuat oleh penggundi-penggundi Nenggiri dengan hati terbuka, walaupun gabungan itu mengharapkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri tersebut.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, yang penting gabungan itu terus istiqamah dalam landasan perjuangan yang menguji kesabaran dan ketahanannya.

“Obor perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara ini akan terus menyala,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Nenggiri yang telah mengundi calon PN.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan dan petugas PN yang telah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu kempen PN di Nenggiri. Sumbangan dan penat lelah anda semua amat saya hargai,” ujarnya.

Semalam, Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menewaskan calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri.

Mohd Azmawi Fikri, 38, memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast