KUALA LUMPUR – Seorang wanita didakwa menjadi mangsa gangguan seksual dari lelaki dikenalinya di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular di aplikasi Tik Tok berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang tadi.
“Polis telah menerima laporan daripada mangsa warga tempatan berusia 20 tahun berhubung kejadian terbabit pada 6 Ogos lalu.
“Mangsa telah menerima gangguan seksual daripada suspek warga tempatan sebanyak dua kali semasa berada di sebuah sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara.
“Berdasarkan hasil siasatan, suspek disyaki bertugas di sebuah syarikat badan berkanun sebagai pengarah bukan eksekutif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan dan Seksyek 509 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.
“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” jelasnya. – MalaysiaGazette