Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh

PUTRAJAYA – Operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan tertumpu kepada majikan yang menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selepas ini bagi menjejaki dan mengenalpasti mereka yang melanggar undang-undang itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, menggajikan PATI merupakan kesalahan serius di Bawah Akta Imigresen Malaysia dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal tersebut.

“Kalau kita tengok siapa yang menyumbang lambakan PATI bekerja tanpa dokumen sah di negara ini, jawapannya majikan yang mana apabila kita buat operasi rupanya ramai pekerja asing ini tidak memiliki sebarang dokumen” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Menurut Ruslin, bagi tempoh antara 1 Januari hingga 16 Ogos lepas seramai 29,030 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan di Bawah Akta Imigresen 1959/63m enerusi 11,903 operasi yang dilakukan JIM.

Tambah beliau, dalam operasi tersebut, seramai 106,432 warga asing diperiksa.

Selain itu, katanya, untuk tempoh tersebut seramai 900 majikan yang majoritinya warga tempatan didapati melakukan kesalahan mengggaji PATI di premis mereka.

Jelasnya, majikan sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan tidak mengajikan warga asing yang tidak memiliki dokumen dan sepatutnya mengambil pekerja asing mengikut prosedur ditetapkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast