BOGOTÁ- Presiden Colombia, Gustavo Petro menandatangani titah presiden pada Ahad bagi melarang eksport arang batu ke Israel.
Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan, Presiden Colombia itu berkata, larangan tersebut adalah bagi memberi tekanan kepada kerajaan Benjamin Netanyahu supaya menghentikan perang di Gaza.
Jun lalu, Kementerian Perdagangan, Industri dan Pelancongan Colombia mengumumkan sekatan terhadap penjualan arang batu kepada Israel.
Gustavo turut mengumumkan hubungan diplomatik di antara Colombia dan Israel diputuskan.
Beliau turut menyifatkan kerajaan Netanyahu sebagai genosidal.- AgensiNAMA-WAFA