KUALA LUMPUR – Jumlah dagangan Malaysia pada bulan Julai 2024 meningkat18.3 peratus daripada RM216.2 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM255.9 bilion.
Prestasi perdagangan ini didorong terutamanya oleh pertumbuhan import 25.4 peratus, mencecah RM124.7 bilion dan eksport 12.3 peratus bernilai RM131.1 billion.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport Malaysia meningkat pada Julai 2024 seiring dengan peningkatan eksport domestik (80.1% daripada jumlah eksport), meningkat 18.0 peratus kepada RM105.0 bilion.
Sebaliknya, eksport semula (19.9% daripada jumlah eksport), susut 5.8 peratus berbanding Julai 2023 kepada RM26.1 bilion.
Sementara itu, import bernilai RM124.7 bilion, meningkat 25.4 peratus.
Lebihan dagangan menurun 62.9 peratus kepada RM6.4 bilion, lebihan bulan ke-51 berturut-turut sejak Mei 2020.
Berbanding Jun 2024, eksport, import dan jumlah dagangan masing-masing mencatatkan peningkatan 4.1 peratus, 11.6 peritus dan 7.6 peratus.
Manakala, imbangan dagangan menurun 55.1 peratus.
Mohd Uzir berkata, eksport lebih tinggi disumbangkan terutamanya ke Amerika Syarikat (+RM4.2 bilion), diikuti oleh Singapura (+RM3.2 bilion), Taiwan (+RM1.9 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.3 bilion), Filipina (+RM808.7 juta), India (+RM696.2 juta), Mexico (+RM690.6 juta), Jepun (+RM682.5 juta) dan Vietnam (+RM601.1 juta).
Import yang lebih tinggi disumbangkan dari China (+RM6.6 bilion), diikuti oleh Amerika Syarikat (+RM6.3 bilion), Taiwan (+RM4.1 bilion), Singapura (+RM2.7 bilion), Kesatuan Eropah (+RM1.7 bilion), Thailand (+RM833.0 juta), Jepun (+RM752.3 juta), Indonesia (+RM643.1 juta) dan Nigeria (+RM600.9 juta).
Kenaikan ini sejajar dengan peningkatan dalam keluaran perkilangan lain (+RM2.1 bilion); minyak kelapa sawit & keluaranpertanian berasaskan kelapa sawit (+RM2.0 bilion); jentera, kelengkapan & peralatan (+RM1.7 bilion); keluaran petroleum (+RM1.5 bilion); barangan elektrik & elektronik (+RM1.3 bilion); dan barangan perkilangan logam (+RM844.5 juta).
Tambahan pula, peningkatan import dicatatkan untuk barangan elektrik & elektronik (+RM14.9 bilion); jentera, kelengkapan & peralatan (+RM4.1 bilion); keluaran pertanian lain (+RM1.9 bilion); barangan perkilangan logam (+RM1.3 bilion); keluaran perkilangan lain (+RM626.5 juta); dan kimia & bahan kimia (+RM536.3 juta).
Selanjutnya, Ketua Perangkawan Malaysia juga memaklumkan pertambahan
Jumlah dagangan, eksport dan import bagi tempoh Januari hingga Julai 2024 mencatatkan peningkatan.
Jumlah dagangan meningkat 9.8 peratus, daripada RM1.5 trilion kepada RM1.7 trilion, sejajar dengan peningkatan dalam eksport (+5.1%) serta import (+15.5%).
Sebaliknya, lebihan dagangan berkurang 46.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023 mencatatkan nilai
RM72.5 bilion. – MalaysiaGazette