Johari Abdul.

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan meneruskan kerangka lawatan kerjanya ke Dewan Negeri Selangor (DNS) esok.

Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan, lawatan kerja Johari ke DNS itu akan dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng dan seterusnya menemui Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di pejabatnya.

“Sebelum ini Johari telah melakukan lawatan sama ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di zon selatan pada 23 hingga 24 Julai, zon utara pada 5 hingga 8 Ogos dan zon timur pada 11 hingga 13 Ogos lepas.

“Sepanjang lawatan kerjanya itu, beberapa perkara telah dikenalpasti sebagai agenda utama yang akan dibawa ke dalam Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024 pada September nanti,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, antara perkara itu termasuk memperkasakan institusi legislatif melalui kerjasama dua hala antara Parlimen Malaysia, Dewan Undangan Negeri dan institusi eksekutif.

Selain itu katanya, semakan semula undang-undang lama, merakyatkan institusi legislatif serta inisiatif melahirkan kepimpinan generasi baharu yang cakna akan ilmu ketatanegaraan dan pentadbiran negara turut diberikan perhatian.

“Perkembangan serta pembangunan ekonomi, penaiktarafan kemahiran serta kecekapan tenaga kerja melalui latihan TVET juga turut akan dibincangkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast