Seorang wanita warga emas maut ditikam anak saudaranya menggunakan gunting dalam kejadian di Pekan Darat, Kepala Batas pada 13 Ogos lalu.

KEPALA BATAS – Penganggur yang membunuh ibu saudaranya menggunakan gunting pada 13 Ogos lalu masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Utara, Superintendan C. Tharmalingam berkata, suspek berusia 43 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pada bahagian kepala akibat terjatuh pada hari kejadian.

“Kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya (PPN) dan pendakwaan diarahkan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Bagaimanapun, kita berikan jaminan polis kepada suspek semalam susulan masih menerima rawatan di ICU.

“Kita akan buat tangkapan serta pertuduhan di mahkamah apabila suspek stabil nanti,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Wanita warga emas maut ditikam anak saudara dengan gunting

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas maut selepas ditikam anak saudaranya menggunakan gunting pada bahagian kepala dalam kejadian di sebuah rumah di Gelung Bubu, Pekan Darat di sini.

Mangsa berusia 80 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya.

Insiden jam 11 pagi itu turut mengakibatkan ibu kandung kepada suspek lelaki berusia 43 tahun itu mengalami kecederaan namun dia dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di Hospital Kepala Batas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast