PUTRAJAYA- Harga runcit diesel di semenanjung Malaysia turun sebanyak dua sen kepada RM3.23 seliter.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, pelarasan harga itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak bagi tempoh 22 Ogos hingga 28 Ogos.
“Pada masa sama, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan menyokong kestabilan harga,” katanya.
Dalam pada itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter, RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.- MalaysiaGazette