KUALA LUMPUR – Unjuran bagi ekonomi Asia Pasifik (APAC) pada 2025 kekal positif walaupun pertumbuhan ekonomi China dan India diramal lembap pada tahun hadapan.

Moody’s Analytics mengunjurkan peningkatan dalam ekonomi Jepun berikutan kemelesetan sejak dari pertengahan 2023 hingga awal 2024.

Suku kedua 2024 menunjukkan lantunan semula dalam perbelanjaan pengguna dan pelaburan, membalikkan arah aliran menurun sebelumnya.

“Banyak ketidaktentuan kekal mengenai kadar pertumbuhan gaji benar serta mengetatkan dasar monetari, tetapi 2025 sepatutnya lebih baik daripada tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikan.

Firma itu menambah, pertumbuhan akan meningkat pesat di Asia Tenggara, disokong oleh perdagangan, pelaburan, penggunaan, dasar fiskal yang secara amnya merangsang, dan dasar monetari yang longgar pada awal tahun depan.

Jelasnya, Vietnam akan mendapat manfaat paling banyak daripada peningkatan permintaan global untuk barangan dan akan menyaksikan pecutan stabil dalam pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 6.5 peratus tahun depan berbanding 5.0 peratus tahun lepas.

Malaysia dan Thailand pula akan mengikutinya, tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Manakala Singapura akan menjadi lebih stabil tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

Filipina dan Indonesia juga tidak akan ketinggalan jauh di belakang Vietnam.

Tetapi ekonomi negara itu tidak terikat rapat dengan ekonomi global.

Tamahnya, dorongan agresif oleh kedua-dua negara untuk menambah baik infrastruktur mereka akan menyokong kadar pertumbuhan yang tinggi.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan risiko, terutamanya bagi Filipina, yang mesti mematuhi rancangannya dan melaksanakan dengan berkesan.

Selain itu, ketidaktentuan menyelubungi Indonesia sehingga Prabowo Subianto memegang jawatan presiden pada Oktober ini.

Moody’s Analytics menambah, perbelanjaan pelaburan mengekalkan ekonomi APAC, dengan dasar fiskal di India dan China, terutamanya sokongan China terhadap pinjaman bank kepada pengilang, mengukuhkan pertumbuhan dalam ekonomi gergasi ini.

Asia Tenggara, khususnya Malaysia dan Vietnam, mendapat manfaat daripada peningkatan aliran pelaburan daripada sumber tempatan dan antarabangsa.

Walaupun dasar fiskal Filipina sangat menumpukan pada pembangunan infrastruktur, pelaksanaan tidak sekata sepanjang tahun lalu, ujar firma itu lagi.

Menurutnya, Thailand yang bergelut untuk membentuk gabungan kerajaan yang stabil telah menghalang tindakan fiskal dan pelaburan asing.

Sementara itu, kitaran pelaburan Taiwan yang lemah dijangka bertambah baik selepas pilihan rayanya berakhir,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast