KUALA LUMPUR – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) komited untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran produk getah global.
Timbalan menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata, ia bagi memenuhi keperluan mendesak untuk pendekatan mampan dalam industri getah tempatan.
“Kementerian memberi untuk menyokong usaha memperjuangkan amalan mampan yang selaras dengan piawaian global dan jangkaan pengguna.
“Langkah ini penting ke arah menyelaraskan objektif industri dengan dasar nasional yang berfokus pada kelestarian memastikan industri getah Malaysia bukan sahaja berkembang maju.
“Tetapi juga memimpin dalam menetapkan amalan yang bertanggungjawab dan berwawasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata demikian selepas KPK dan Majlis Getah Malaysia mengadakan lawatan rasmi ke kilang pengeluaran Getha semalam.
Lawatan itu merangkumi proses pembuatan yang dilalui setiap produk keluaran jenama terkemuka produk tidur berasaskan getah tersebut.
Ia bermula daripada pengendalian bahan mentah hingga ke peringkat akhir dalam bentuk produk siap.
Dengan kemudahan seluas lebih daripada satu juta kaki persegi, Getha mampu menghasilkan 600 tan lateks mentah setiap bulan atau dengan 7,200 tan setahun bersamaan hasil torehan 10 juta pokok getah setiap bulan.
Semasa lawatan terbabit, pihak kementerian dan Getha bertukar pandangan mengenai usaha Malaysia untuk meningkatkan kualiti getah asli melalui kelestarian, mempertingkatkan piawaian getah dan menyelaraskannya dengan peraturan antarabangsa yang terkini.
Ia termasuk serta kepentingan memastikan getah asli yang diimport memenuhi Peraturan Deforestasi Kesatuan Eropah.
Getha kini menumpukan kelestarian jelas kelihatan sepanjang rantaian pengeluarannya yang meluas, sekaligus mengukuhkan kedudukan jenama tersebut sebagai peneraju dalam industri sambil menetapkan penanda aras bagi amalan pembuatan yang mesra alam. - MalaysiaGazette