Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun disyaki akibat didera di sebuah pangsapuri Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada umum sekiranya ada pertuduhan kelak.

“Kertas siasatan berhubung kes bunuh seorang kanak-kanak perempuan itu sudah lengkap dan telah dirujuk kepada pejabat TPR Selangor untuk arahan seterusnya,” katanya  melalui kenyataan hari ini.

Pasangan suami isteri dipercayai ibu bapa mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan kes itu yang berlaku pada 18 Ogos lalu telah dilanjutkan reman selama tujuh hari lagi.

Suspek bapa tiri, 29, dan ibu kandung mangsa, 28, itu disambung reman sehingga 31 Ogos ini selepas tempoh reman mereka tamat pada Sabtu lalu.

Kes berkenaan sedang disiasat disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh yang memperuntuk hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Dalam kejadian itu, siasatan awal polis mendapati kanak-kanak perempuan itu dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut.

Pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh telah mengesahkan mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya dan pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka dan bibir, paha, dagu dan lutut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast