Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM)

GOMBAK – Kertas siasatan berkaitan kes seorang pembantu peribadi yang mendakwa dipukul dan diugut oleh majikan yang juga seorang pelakon sudah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Selangor, 23 Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, bagi membantu siasatan pihaknya telah memanggil 12 saksi untuk dirakam keterangan.

“Saksi-saksi tersebut terdiri daripada ahli keluarga serta rakan kepada pengadu dan suspek.

“Turut dipanggil adalah doktor yang merawat mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 17 Ogos lalu, media melaporkan seorang artis wanita berusia 28 tahun telah memukul pembantu peribadinya kerana disyaki mencampuri urusan rumah tangga beliau.

Kejadian dikatakan berlaku di Batu Caves, Kuala Lumpur,  14 Ogos yang lalu.

Siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada pelakon wanita itu dicederakan serta diugut menggunakan senjata oleh majikan.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan lengan.

Mangsa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast