Friday, December 13, 2024
Home Seni Hidup Remy Ishak kini bergelar Datuk

Remy Ishak kini bergelar Datuk

Pelakon Remy Ishak antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam semalam.

Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk manakala Mohd Ashraf Muslim menerima Bintang Khidmat Terpuji (BKT).

Remy ketika ditemui pemberita berkata tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas.

“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak tapi diberikan hadiah kepada saya.

“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.

Sementara itu, Ashraf berkata, BKT merupakan satu ganjaran besar buat dirinya semenjak menceburkan diri dalam dunia seni kira-kira 20 tahun dahulu.

“Ia boleh juga menjadi pemangkin kepada artis-artis di luar sana untuk lebih aktif bagi mendapat pengiktirafan sebegini rupa,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast