Bashir Ahmad
Bashir Ahmad

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, Tan Sri Bashir Ahmad dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) berkuat kuasa 12 Ogos.

Menurut kemas kini Lembaga Pengarah MAG di laman webnya, Bashir telah berkhidmat dengan Malaysia Airlines selama 29 tahun, bermula sebagai pelatih pengurusan pada 1972 dan bertugas di pelbagai bahagian dalam syarikat penerbangan itu sebelum dilantik naib presiden eksekutif.

Pada masa ini, Bashir ialah Pengerusi Bukan Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd sejak April 2023.

Beliau juga merupakan penasihat kepada kumpulan GMR Airport sejak 2018.

Menurut laporan berita dalam talian, Bashir juga akan menyertai Lembaga Pengarah Malaysia Airlines.

Pelantikannya menandakan penambahan ahli kelapan dalam Lembaga Pengarah MAG, yang kini terdiri daripada Pengerusi Bukan Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin; Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Captain Izham Ismail dan lima pengarah bukan eksekutif iaitu Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Cheryl Goh Ching Ling, Wong Shu Hsien, Datuk Zaiviji Ismail Abdullah dan Faridah Bakar Ali. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast