Sebuah jenkaut berada di lokasi tanah jerlus untuk membantu operasi mencari wanita warga India yang terjelus ke dalam tanah di Jalan Masjid India.

KUALA LUMPUR – Sebuah jengkaut dibawa masuk ke kawasan tanah jerlus di Masjid India petang ini, dipercayai untuk meluaskan kawasan galian bagi memudahkan proses pencarian wanita warga India yang masih belum ditemui.

Jengkaut itu memasuki kawasan tersebut pada jam 2.45 petang tadi.

MalaysiaGazette difahamkan jengkaut tersebut akan mengorek tanah lebih besar, sekali gusĀ  memudahkan proses pencarian wanita malang itu.

Pada masa sama, pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut dilihat membawa beberapa peralatan ke tempat berkenaan.

Namun sehingga berita ini ditulis, tiada sebarang maklumat rasmi diperoleh dari pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut datang ke lokasi kejadian sekitar jam 3.30 petang tadi bagi mendapatkanĀ  perkembangan lanjut operasi SAR yang sudah masuk hari kelima. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast