Nelson Bonilla.

KUALA LUMPUR – Liga Super, Terengganu FC (TFC) terus menambah sengat di bahagian serangan apabila merekrut pemain import baharu, Nelson Bonilla bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, Bonilla kelahiran San Salvador, El Salvador mengikat kontrak selama lapan bulan bermula 1 September depan hingga April 2025.

Jelasnya, Bonilla menggantikan Ivan Mamut yang masih tidak dapat beraksi berikutan kecederaan serius dan baru sahaja menjalani pembedahan ketiga di Croatia.

Sementara itu, pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner menyifatkan Bonilla sesuai dengan corak permainan yang ditampilkan terhadap pasukan tersebut ketika ini.