Zaliha dan Fahmi meninjau runtuhan sistem perparitan di bahu Jalan Pantai Permai Kampung Kerinchi, Pantai Dalam, ba

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang dalam proses memperkukuhkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pembangunan di ibu negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, kajian geo teknikal turut akan dilibatkan dalam proses tersebut untuk menjamin keselamatan pembangunan ibu negara terjamin.

“Kalau kita lihat, sebelum ini kajian Geo Teknikal ini hanya dilaksanakan membabitkan kawasan-kawasan cerun berbukit (risiko tanah runtuh).

“Insya-Allah pada masa akan datang kita akan lihat juga keperluan di kawasan tanah yang rata,” katanya kepada pemberita di Pantai Dalam di sini petang tadi.

Tamba beliau, ketika ini keadaan cuaca tidak menentu terutamanya hujan lebat boleh mengakibatkan struktur tanah tidak begitu baik, lembut dan longgar.

“Insya-Allah, kita akan perhalusi dan memperkukuhkan lagi SOP pembangunan ini nanti nanti.

“Sementara itu, kita menangguhkan projek baharu di sekitar kawasan Kuala Lumpur sehingga kita adakan pasukan petugas khas,” ujarnya.

Terdahulu, beliau telah hadir bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai meninjau sistem perparitan di bahu Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

Katanya, insiden itu disebabkan paip Indah Water Konsortium pecah di lokasi tersebut dan terbentuk lubang besar di bahu jalan berkenaan.

“Dijangkakan dalam masa tiga minggu DBKL akan membaikpulih parit yang runtuh ini dan pada masa yang sama penduduk di sekitar Pantai Dalam diharap berhati-hati menjaga keselamatan ketika melalui tempat ini,” jelasnya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast