Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin turut berada di lokasi SAR tanah jerlus Jalan Masjid India, hari ini.

KUALA LUMPUR – Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin membuat ritual dengan membawa ‘air berlaga’ ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Jalan Masjid India hari ini.

Lelaki berkenaan tiba di lokasi pengumpulan media bersama alatan khasnya berkata, dia terpanggil untuk membantu misi pencarian mangsa tanah jerlus yang sudah memasuki hari keenam.

“Tujuan kita datang nak membantu bukan nak kacau orang kerana saya tengok dah lima hari dalam You Tube dan Tik Tok orang cari tak jumpa.

“Tapi kalau saya bawa kelapa, bawa teropong nanti heboh terus. Saya bawa air belaga untuk dicurahkan kat bawah tu supaya dijauhkan daripada haiwan berbisa berbahaya dan dipermudahkan operasi.

“Kemudian ada kain dan kapas kita nak tenggok supaya tenggelam atau tidak, mudah- mudahan timbul. Saya datang ni bukan saja datang, orang tertentu arahkan saya datang,” katanya kepada media hari ini.

Namun jelasnya hajatnya tidak kesampaian kerana tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa atas faktor keselamatan.

Susulan itu dia hanya meninjau keadaan berhampiran di lokasi insiden dan melakukan demonstrasi renjisan air berlaga itu di hadapan pengamal media pada jam 6.15 petang tadi.- MalaysiaGazette

Artikel berkaitan : 

Kawasan tanah jerlus digali lebih besar

Bila ada sesuatu insiden, ramailah ‘pakar’ keluar -TPM

Laporan audit intergriti insiden tanah mendap dan jerlus akan dilaksanakan

Tanah mendap: Polis sedang bincang untuk tutup jalan demi keselamatan awam

Pihaknya agak terkilan kerana tidak diberikan peluang dan ruang untuk turut serta namun akur setelah berada kira-kira 15 minit di lokasi.

Gelagat raja bomoh tersebut dikongsi ketika sesi ‘live’ Tik Tok MalaysiaGazette sekali gus mencuit hati para netizen dengan meninggalkan pelbagai reaksi.

“Hari ini nak buat (ritual) tapi pihak berkuasa kena bagi satu ruang, saya nak masuk sana nak tengok tempat jatuh tapi kalau dia tak bagi tak mengapalah.

“Nanti saya kaborlah (beritahu) kepada menteri kenapa saya nak masuk tapi tak boleh. Saya nak buang (kain) tempat tu supaya masuk situ dan berdoa dia timbul,” tambahnya.

Sebelum itu Ahli Malaysia Hindu Sanggam dan Hindu Darma Mamandram, Vanija A/P Devaraju Thenmoli dan empat rakannya melakukan ritual keagamaan di kawasan tanah jerlus itu.

Mereka membawa bunga segar di samping menyanyikan lagu Sivapuranam Thevaram dan Thiruvasavam sebagai simbolik dengan harapan mangsa dapat ditemukan.

Terdahulu pada 23 Ogos lalu, seorang wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Rentetan itu SAR terlah memasuki hari keenam bermula jam 8 pagi tadi oleh pasukan penyelamat dan agensi berkaitan.

Manakala satu lubang mendapan seluas dua kaki dikesan berlaku kira-kira jarak 50 meter daripada lokasi nahas berlaku pada jam 2.30 pagi tadi.- MalaysiaGazette

Suara gagak ‘bergema’ di lokasi SAR Masjid India

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast