KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengumumkan pelantikan Datuk Hisham Rusli dan Khairul Hakimin Abdul Halim bagi dua portfolio baharu.
Hisham, yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) dilantik sebagai Ketua Pegawai Integriti, bertanggungjawab memastikan kecekapan pengurusan aduan integriti pegawai LHDNM berada pada tahap yang cemerlang selari dengan penguatkuasaan Dasar Pemberian Maklumat.
Manakala Khairul yang menjawat jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dilantik Ketua Pegawai Risiko, akan memainkan peranan penting dalam menyusun strategi, memimpin dan melaksanakan rangka kerja pengurusan risiko organisasi secara progresif dan efektif dalam memastikan objektif strategik tercapai.
Watikah pelantikan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin. – MalaysiaGazette