Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din

SEREMBAN – Seorang pelajar lelaki tingkatan dua dilaporkan hilang dari sebuah sekolah di Sikamat sejak tengah hari semalam telah dijumpai di kedai gunting rambut di Taman Widuri, Senawang, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, pelajar dikenali sebagai Qayzikri Hazimi berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan baik dan selamat pada hari yang sama.

“Pelajar berkenaan telah bersembunyi di sebuah surau di kawasan berhampiran sebelum dijumpai oleh ahli keluarga terdekat di kedai gunting rambut kawasan Senawang.

“Pelajar itu bersama keluarganya dipanggil ke Pejabat Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk dirakam percakapan. Terima kasih atas kerjasama orang awam dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pelajar itu telah melarikan diri dari sebuah sekolah dengan berpakaian sukan sekolah.

Pihak sekolah telah cuba mencari di kawasan sekolah serta asrama tetapi gagal dijumpai dan punca pelajar berkenaan melarikan diri masih dalam siasatan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast