KUALA LUMPUR – Lama menghilang, penyanyi, Shawn Baharin yang pernah digelar ‘Ricky Martin Malaysia’ kini menetap di Sepanyol.
Berita itu disahkan adiknya yang jug penyanyi, Anis Suraya, 43, di Instagram miliknya.
“Anis turut memaparkan gambar bersama abangnya sambil
meluahkan rasa bahagia dapat bertemu dengan abangnya itu.
“Bila waktu dirasakan terlalu pendek, memori datang silih berganti, ingatan hampir kabur, didatangi seseorang yang dekat di hati, bersua walau sesaat cukup membawa 1,000 kemanisan dan merasai diri ini cukup dihargai.
“Terima kasih Abang Aco,” tulis Anis yang turut disertai dengan emoji hati.
Shawn yang kini berusia 51 tahun pernah popular menerusi beberapa lagu hit ketika lewat 1990-an seperti Melodi Hati dan Rosmaria manakala Anis terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi. – MalaysiaGazette