Jadon Sancho. Foto Eurosports.
LONDON – Media Itali melaporkan kelab gergasi Serie A iaitu Juventus telah menarik diri untuk mendapatkan Jadon Sancho.
Tindakan itu dibuat selepas Juventus menganggap tuntutan yang dibuat oleh United terlalu tinggi dan setakat ini rundingan mereka terhenti seketika dan tidak berjalan.
Meskipun begitu segala boleh berubah dengan lebih banyak penjualan dalam tenpoh 24 jam terakhir atau harga yang lebih rendah.
Sebelum, Juventus juga telah menambah baik tawaran mereka untuk pinjaman dengan pilihan pembelian namun begitu United tetap pendirian dan menegaskan perpindahan harus disertakan dengan kewajipan untuk membeli dan pembayaran gaji menjadi perkara utama.
Juventus telah membuat tawaran pertama mereka dengan jaminan mereka untuk membayar wang pinjaman sebanyak €7 huingga €8 juta termasuk bonus dan juga membayar sebahagian daripada gaji Sancho.
Sementara pakar perpindahan Fabrizio Romano juga mendedahkan mengenai Chelsea yang turut bersaing untuk Sancho di mana dia mendedahkan bahawa The Blues masih berbincang dengan Manchester United mengenai potensi pertukaran pemain untuk Sancho. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast