Datin Rudiah @Rodziah Arshad (kiri). Foto FB Habsah Hassan.

KUALA LUMPUR – Kakak kepada penyanyi legenda, Allahyarham Sudirman Arshad iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad meninggal dunia hari ini.

“Datin Rudiah @Rodziah Arshad sudah kembali ke rahmatullah tepat pada 12.08 tengah hari, hari ini.

“Atai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang melawat mak, mendoakan atau siapa saja yang mengingati mak, termasuk individu yang menjadi sebahagian dalam hidup mak.

“Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Atai sebelum ini ada memuat naik status di media sosial memaklumkan ibunya ada menghidap penyakit serius.

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan apa penyakitnya itu.

Allahyarham adalah anak kedua daripada sembilan adik-beradik termasuk dua orang adik tiri. – MalaysiaGazette