Anwar (tengah) pada program Ramah Mesra bersama Masyarakat di Warung Nasi Kandar Masjid Kubang Semang, Pulau Pinang hari ini.

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kuala Lumpur masih selamat untuk dikunjungi meskipun beberapa kejadian mendapan tanah berlaku sejak kebelakangan ini.

Sehubungan itu orang ramai dan pelancong asing tidak perlu gusar dan bimbang untuk ke ibu negara.

Anwar berkata, pemantauan secara teliti di kawasan insiden tanah jerlus telah dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mereka juga kini fokus kepada lokasi yang perlu diperkukuhkan.

Anwar.

“Berkenaan tanah mendap itu, kajian teknikal insiden tanah mendap (di Jalan Masjid India) telah dibuat..jadi tidak ada masalah.

“Saya lalu kawasan terbabit cuma kawasan yang perlu diperkukuh kita akan laksanakan segera dan saya telah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Musatafa untuk memantau setiap hari perkembangan itu

“Setakat ini belum ada kekurangan dan orang ramai (termasuk pelancong) tidak perlu gusar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan orang ramai khususnya gusar dan beranggapan tidak selamat untuk mengunjungi Kuala Lumpur susulan beberapa insiden tanah mendap.

Media pada Jumaat lalu melaporkan, pelancong India, Vijayaletchumy, 48, dilaporkan hilang selepas menjadi mangsa tanah jerlus sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India.

Sehingga hari ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa giat dilakukan namun tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast