KUALA LUMPUR – Tidak puas hati dipecat majikan sebagai pemandu menjadi punca seorang lelaki melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan kereta Lamborghini Urus.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 27 tahun berjaya ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kelmarin.
“Pengadu berusia 46 tahun merupakan pemilik syarikat pengawal keselamaan telah membuat laporan polis jam 6.30 petang pada Selalu lalu.
“Pekerjanya memaklumkan kereta yang diletakkan di rumah di Taman Melawati telah mengalami kerosakkan disyaki akibat perbuatan khianat oleh individu dikenali,” katanya dalam kenyatan, hari ini.
Tambah beliau, akibat perbuatan tersebut terdapat beberapa kerosakan yang dialami antaranya kemek di bahagian bonet, cermin sisi ditoreh, cermin hadapan dan bumper hadapan pecah.
“Hasil semakan ke atas suspek didapati bekerja sebagai pemandu kepada isteri pemilik syarikat itu.
Menurut beliau, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau tidak dikehendaki membababitkan pelbagai kes jenayah dan ujian saringan air kencing juga adalah negatif dadah.
Katanya, suspek kini direman empat hari bermula semalam sehingga 1 September depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette